Alih Bahasa:

ALOR SETAR (17 JANUARI 2024) – Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2024 di Hotel Grand Alora Alor Setar. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin Merangkap Yang Dipertua MAIK berangkat hadir jam 11.00 pagi menyampaikan Titah Perutusan Amanat Tahun Baru 2024. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan), Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim Bin Nik Mahmood (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah), Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh (Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah) dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah).

Memulakan Titah Perutusan, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Baginda seterusnya mengumumkan pencapaian MAIK sepanjang tahun 2023 dan berpesan supaya kakitangan MAIK meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bertitah bahawa pada tahun ini 2024, semua bahagian dan unit di MAIK telah menetapkan beberapa perancangan projek, program dan aktiviti yang hendak dilaksanakan di samping sasaran yang sedia ada dalam pelan strategik MAIK

Mengakhiri titah perutusan di tahun baru ini, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berpesan supaya semua kakitangan membaiki dapatan penemuan dan teguran audit supaya kesalahan berulang tidak dilakukan. Baginda juga berpesan supaya kakitangan menghindari budaya kerja negatif, melaksanakan tugasan dengan penuh integriti dan bekerja dengan lebih gigih bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Kedah.

Selepas menyampaikan Titah Amanat Perutusan, baginda Tuanku Raja Muda Kedah berkenan bergambar bersama semua Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan kakitangan.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 2.00 petang selepas acara santapan tamat diikuti oleh kepulangan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.