Alih Bahasa:

RAIA HOTEL & CONVENTION CENTRE, ALOR SETAR – Program julungkalinya dianjurkan oleh Baitulmal sebagai salah satu institusi yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan sosio ekonomi masyarakat Islam di Negeri Kedah. Program diadakan adalah bertujuan sebagai satu platform untuk membina jaringan strategik dan silaturrahim antara agensi melibatkan agensi kerajaan, institusi perbankan, takaful, dan pertubuhan bukan kerajaan. Selain itu, kesempatan ini juga diambil bagi memperkenalkan perkhidmatan Baitulmal kepada masyarakat termasuklah simulasi kalkulator fidyah yang telah dibangunkan oleh pihak Baitulmal. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat bertajuk “Baitulmal Buat Apa” yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol selaku Ahli Jawatankuasa Baitulmal. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik Baitulmal termasuklah sumbangan agihan yang telah dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Pihak Baitulmal berharap program yang diadakan pada hari ini akan menarik minat agensi luar dan pemain industri untuk berkolaborasi bersama Baitulmal sama ada dalam bentuk fizikal, modal insan atau suntikan dana yang diyakini mampu memberikan kesan positif terhadap sosio ekonomi golongan sasaran di Negeri Kedah.
Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.