Pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengambil inisiatif dengan memberikan sumbangan motosikal kepada golongan yang memerlukan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan fakir miskin dalam usaha untuk membantu mereka menggunakan motosikal tersebut bagi menjana ekonomi keluarga. Pihak Baitulmal telah mengagihkan sebanyak 4 unit motosikal yang berjumlah RM18,660.00 sehingga Ogos 2023 . Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wira Syeikh Yahaya bin Jusoh,Timbalan Yang Dipertua MAIK dan turut disaksikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali, Ketua Bahagian Baitulmal.
Telah dilihat : 3,373