Alih Bahasa:

MAJLIS PENYERAHAN DAGING KORBAN DAN SUMBANGAN BAITULMAL BAGI TAHUN 1444H/2023M

PADANG TERAP (30 Jun 2023) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan anakanda, Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah Bin Tuanku Sarafudin Badlishah berkenan berangkat ke Masjid Al Halimi, Kampung Labi, Kuala Nerang Kedah untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Daging Korban Dan Sumbangan Baitulmal Bagi Tahun 1444H/2023M.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohammad Yusoff Bin Haji Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abdul Rahman Bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berhormat Ustaz Nurul Amin Bin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap, Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Yang berusaha Encik Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap , Pegawai-Pegawai MAIK dan Pejabat Agama Daerah Padang Terap serta ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al Halimi, Kampung Labi, Kuala Nerang, Kedah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Yang Berusaha Tuan Syeikh Ahmad Muzammil Bin Yub, Pegawai Agama Daerah Padang Terap dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.  Di dalam ucapan aluan tersebut, beliau menyeru dan mengajak golongan yang berkemampuan untuk sama-sama membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi menerapkan nilai kasih sayang sesama masyarakat.

Disamping itu, beliau juga turut mengajak golongan yang berkemampuan untuk sama-sama menjadikan ibadah korban yang sangat dituntut ini sebagai ibadah tahunan untuk dilaksanakan, sama ada di peringkat keluarga mahupun dalam kelompok masyarakat sebagai tanda rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah Subhanahu Wata’ala di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakanNya.

Seterusnya Baginda perkenan menyampaikan sumbangan Baitulmal kepada 60 orang penerima yang kurang berkemampuan terdiri daripada anak kariah masjid dan menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid serta baginda juga turut perkenan menyampaikan ampun kurnia kepada kanak-kanak yang hadir. Majlis diteruskan dengan acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al Halimi.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah perkenan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut dan baginda berangkat pulang kira kira jam 02.30 petang.

Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.