Alih Bahasa:

KUBANG PASU (15 MAC 2023) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Masjid Haji Ismail, Padang Perahu Daerah Kubang Pasu bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Fidyah Bagi Tahun 1444H/2023 anjuran Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Encik Badrulhisham Bin Haji Sulaiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali, Ketua Bahagian Baitulmal, Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi Bin Haji Salleh, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, ahli-ahli Jawatankuasa Baitulmal MAIK, dan Pegawai-Pegawai MAIK.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Fidyah bagi tahun 1444H kepada 120 orang penerima yang terdiri daripada anak kariah Masjid Haji Ismail, Padang Perahu dan baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada Masjid Haji Ismail berbentuk mock-cheque.

Menurut Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Ghani (Setiausaha MAIK), Majlis sumbangan yang diadakan ini merupakan simbolik kepada agihan sumbangan Fidyah oleh pihak Baitulmal. Pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengagihkan Sumbangan Fidyah yang bernilai RM2,593,392.00 untuk diagihkan kepada 11,640 orang penerima melalui kerjasama jawatankuasa masjid seluruh Negeri Kedah bagi tahun ini.

Selain itu, pihak Baitulmal juga dengan kerjasama Bahagian Pendidikan JHEAIK telah mengagihkan  sebanyak RM491,040.00 kepada pelaja-pelajar yang kurang berkemampuan di Sekolah-Sekolah Agama Rakyat yang terpilih di negeri Kedah dalam bentuk tajaan makanan melalui peruntukan fidyah. Katanya lagi, secara keseluruhannya bagi tahun 1444H, pentadbiran Baitulmal telah berjaya mengagihkan agihan fidyah kepada golongan sasaran ialah sebanyak RM3,135,222.00.

Seterusnya Baginda berkenan menyempurnakan acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Masjid Haji Ismail, Mukim Padang Perahu, Jitra.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat meninggalkan majlis kira kira jam 11.30 pagi. Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.