Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah. Majlis ini diadakan di Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar Kedah Darul Aman.
Baginda Tuanku berangkat hadir secara atas talian manakala dif-dif jemputan hadir di masjid. Turut hadir di majlis ini ialah Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Ketua-Ketua Bahagian MAIK, Ketua-Ketua Penolong Pengarah JHEAIK, Pegawai Agama Daerah, serta anak kariah Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar Kedah Darul Aman.
Majlis Bacaan Yasin Dan Doa dimulakan pada jam 8.00 malam yang diketuai oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Naim Bin Haji Ahmad, Imam Besar Masjid Zahir Alor Setar.
Majlis ini berakhir pada jam 8.45 malam selepas keberangkatan keluar Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan kepulangan dif-dif jemputan.