Alih Bahasa:

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN 2023

              

ALOR SETAR – Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Tahun 2023 di RAIA Hotel. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin Merangkap Yang Dipertua MAIK berangkat hadir jam 11.00 pagi menyampaikan Titah Perutusan Amanat Tahun Baru 2023. Hadir sama ialah Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Jusoh Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Dato’ Haji Abd Ghani  @ Zulkifli Bin Zainuddin Setiausaha MAIK

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku selaku Yang Dipertua MAIK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua warga Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku menyingkapi peristiwa-peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun 2022 seperti fenomena cuaca di Malaysia yang tidak menentu, Fasa Endemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi dunia.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bertitah bahawa terdapat beberapa projek, program dan aktiviti MAIK yang telah dirancang oleh setiap Bahagian dan Unit yang akan dijalankan pada tahun 2023 disamping perkara-perkara yang dirancang telah ditetapkan untuk dilaksanakan didalam Pelan Strategik 2021-2025.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku turut meminta kakitangan menilai kelemahan dan teguran Audit supaya kesalahan yang sama tidak lagi dilakukan.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku turut menyarankan supaya kakitangan MAIK mengamalkan collaborative mindset, konsep Lifelong Learning, dan menjadi pekerja cemerlang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri Kedah.

Seterusnya Duli Yang Teramat Mulia Tuanku menitahkan supaya kakitangan MAIK menjadi mata dan telinga supaya melaporkan atau apa-apa perkara yang tidak memuaskan kepada pengurusan MAIK. Baginda turut meminta supaya diwujudkan peti cadangan supaya kakitangan MAIK dapat menyalurkan cadangan dan idea kearah memantapkan pengurusan MAIK.

Majlis berakhir pada jam 1.30 petang selepas keberangkatan pulang Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah.

 

             

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.