Alih Bahasa:

KUALA NERANG (23 DISEMBER 2022) – Adalah dimaklumkan bahawa DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Badlishah Raja Muda Kedah telah berkenan merasmikan program pemasangan Solar Net Energy Metering 3.0 di Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

Pelaksanaan pemasangan Solar Net Energy Metering 3.0 ini telah diusahakan oleh Syarikat Green Energy Generation Sdn. Bhd. yang mempunyai lesen pembekal perkhidmatan dan pelabur perkhidmatan oleh Sustainable Energy Development Autority (Seda Malaysia) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah Darul Aman (MAIK). Sistem solar panel berkapasiti 10kwp telah dipasang di masjid ini dan akan memberi penjimatan sebanyak RM 500.00 sebulan bagi tempoh sepanjang 21 hingga 25 tahun secara percuma tanpa kos yang dikenakan kepada masjid. Sistem solar ini telah di infak oleh ahli korporat Dato’ Haji Bastien bin Onn dan pihak Global Sadaqah dengan kerjasama Green Energy Generation Sdn. Bhd. dan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

 

Kerjasama yang dibentuk oleh Green Energy Generation Sdn. Bhd. dan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) ini merupakan inisiatif yang akan memberi impak besar kepada pihak Masjid Tengku Sarafudin Badlishah Kuala Nerang Kedah. Pemasangan sistem panel solar ini bukan sahaja akan menyumbang kepada penjimatan tenaga elektrik di masjid yang terlibat malah dapat membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

Cadangan pemasangan Solar Net Energy Metering 3.0 (Seda Malaysia) ini akan melibatkan sebanyak 50 – 200 buah masjid di seluruh negeri Kedah melalui kaedah infak dan penjanjian pembelian kuasa ‘PPA’ yang akan dibekalkan dengan solar tenaga bersih. Pemasangan sistem solar ini akan menjadikan masjid terlibat sebagai perintis utama penggunaan Tenaga Lestari Teknologi Hijau (Perintis Masjid Hijau). Pihak MAIK sentiasa memberi sokongan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap faedah teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy).

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.