Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah diadakan pada 19 Disember 2022, Isnin di Bilik Mesyuarat Saidina Umar, JHEAIK. Penyerahan tugas telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK yang telah bertugas sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, DIMP., DSM.,AMK.,BCK.,ASK. yang menjawat jawatan sebagai Pengarah JHEAIK merangkap Setiausaha MAIK yang baharu.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, mantan Pengarah JHEAIK dan dikuti dengan ucapan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin. Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani nota serah tugas bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.