ALOR SETAR (1 DISEMBER 2022)
Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainudin DIMP, DSM., AMK., BCK., ASK, tiba di perkarangan Bangunan Wan Mat Saman pada hari pertama beliau sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Ketibaan beliau disambut oleh pegawai – pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Ketibaan Yang Berbahagia Dato’ diiringi dengan bacaan doa disempurnakan oleh Tuan Syeikh Mohd Fairuz Bin Mohammad dan seterusnya dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainudin DIMP, DSM., AMK., BCK., ASK, bergerak masuk ke pejabat beliau dan mula bertugas.