Alih Bahasa:

BENGKEL SEMAKAN STRUKTUR KURIKULUM PUSBA SIRI 3

ALOR SETAR (24 OGOS 2022) – Telah selesai Bengkel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA bagi Siri Ketiga di The Jerai Hotel, Alor Setar.

Hari terakhir Bengkel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA ditutup dengan sesi pembentangan, rumusan dan kesimpulan oleh Al Fadhil Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar (Pengetua PUSBA) berkaitan baki tiga (3) subjek yang telah disemak sepanjang 2 hari 1 malam di hotel berkenaan. Bengkel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA kali ini telah melibatkan tiga (3) subjek iaitu Al-Quran, Sirah dan Jawi setelah selesai Siri Kedua yang telah berlangsung pada 18-20 Julai 2022 tempoh hari.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati kepada semua panel yang terlibat dalam menjayakan bengkel berkenaan. Majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh (Timbalan Yang Dipertua MAIK).

Pihak PUSBA, Majlis Agama Islam Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua Ahli Panel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA yang sudi berkampung selama 2 hari 1 malam demi memastikan Sukatan Pelajaran untuk golongan Saudara Baru khususnya pelajar-pelajar dibawah PUSBA sesuai untuk kegunaan pengajian mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan PUSBA yang turut terlibat demi memastikan bengkel berjalan dengan lancar.

Bengkel tamat jam 1 tengah hari.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.