SUNGAI PETANI (26 Julai 2022) – Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengadakan bengkel Kedah Smart Masjid (KSM) kepada 30 buah masjid di negeri Kedah pada 24 hingga 26 Julai 2022 yang lalu bertempat di Hotel Jerai Sungai Petani. Di antara masjid kariah yang terlibat adalah dari daerah Kulim, Bandar Baharu, Sik, Padang Terap, Langkawi dan Pokok Sena.
Bengkel ini memberi kemahiran dan persediaan kepada masjid-masjid terpilih untuk mengaplikasikan sistem pengurusan masjid secara digital. Kedah Smart Masjid (KSM) merupakan usahasama di antara MAIK, LZNK dan JHEAIK dalam menyediakan aplikasi mobil Kedah Smart Masjid (KSM).
Telah dilihat : 1,919