Alih Bahasa:

YAN (11 JULAI 2022) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat, Daerah Yan bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Daging Korban Dan Sumbangan Baitulmal Bagi Tahun 1443H/2022M

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail (Wakil YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berbahagia Dato Wira Syeikh Yahaya Bin Jusuh (Timbalan Yang Dipertua MAIK) , Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Md. Daud (Setiausaha MAIK), Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman) Yang berusaha Encik Mohammad Subhi Bin Abdullah, (Pegawai Daerah Yan), Pegawai-Pegawai MAIK dan Pejabat Agama Daerah Yan serta ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato Wira Syeikh Yahaya Bin Jusuh (Timbalan Yang Dipertua MAIK). Beliau memaklumkan bahawa pihak Baitulmal akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan masyarakat di Negeri Kedah untuk terus menerima agihan bantuan yang diagihkan oleh pihak Baitulmal terutamanya dalam agihan bantuan seperti bantuan Fidyah, bantuan Hari Raya Aidilfitri dan bantuan Hari Raya Aidiladha.

Seterusnya Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Baitulmal sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1443H kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada anak kariah Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat dan menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid berbentuk mock-cheque.

Majlis diteruskan dengan acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Masjid Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat meninggalkan majlis kira kira jam 11.15 pagi.

Menjunjung kasih Tuanku.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.