LANGKAWI (27 Mei 2022) – MAJLIS KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID RIYADZUSOLIHIN, AYER HANGAT, LANGKAWI KEDAH
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat hadir menunaikan solat Jumaat di Riyadzusolihin, Ayer Hangat, Langkawi Kedah. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Juha
ri Bin Bulat, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi, Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Hj Md Daud, (Setiausaha MAIK) Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Annuar Bin Abd Halim (Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK), serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah, dan anak kariah Masjid Riyadzusolihin, Ayer Hangat, Langkawi Kedah.
Khutbah jumaat dibacakan oleh Ustaz Mohd Majdi Bin Sulaiman (Imam Masjid Riyadzusolihin).Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah seterusnya berkenan menyempurnakan acara bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Masjid Riyadzusolihin, Ayer Hangat, Langkawi Kedah.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 2.20 petang diikuti kepulangan Yang Berhormat Dato’ Haji Juhari Bin Bulat, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah serta kepulangan dif-dif jemputan.