Alih Bahasa:

MAJLIS KEBERANGKATAN D.Y.T.M. TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID SG. DURIAN, POKOK SENA KEDAH

Pokok Sena (27 Mei 2022) –Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar Raudhah, Sungai Durian, Pokok Sena Kedah.

Turut hadir ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Noor (Menteri Besar Kedah), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Annuar Bin Abd Halim (Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah) serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah, dan anak kariah Masjid Ar Raudhah, Sungai Durian, Pokok Sena Kedah.

Khutbah jumaat disampaikan oleh Ustaz Mohd Sayuthi Bin Ayob (Imam Masjid Ar Raudhah) dan solat jumaat diimamkan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Naim Bin Ahmad (Pegawai Agama Daerah Pokok Sena).

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah seterusnya berkenan menyempurnakan acara bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Raudhah, Sungai Durian, Pokok Sena Kedah.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 2.10 petang diikuti kepulangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi Bin Md Noor Menteri Besar Kedah serta kepulangan dif-dif jemputan.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PENDAFTARAN KELAS MINGGUAN PUSBA DAERAH SIK

16 January 2025

SIK (15 JANUARI 2025) PENDAFTARAN KELAS MINGGUAN PUSBA DAERAH SIK Alhamdulillah pendaftaran...

TAKLIMAT PERATURAN PELAJAR BULANAN PUSBA SESI 1/2025

13 January 2025

PUSBA (12 JANUARI 2025) TAKLIMAT PERATURAN PELAJAR BULANAN PUSBA SESI 1/2025 Telah...

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA BANJIR KEPADA MASJID DAN SURAU DI DAERAH POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN

13 December 2024

13 DISEMBER 2024 (JUMAAT) – POKOK SENA: Duli Yang Teramat Mulia Tuanku...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.