KUALA MUDA (27 APRIL 2022) – Telah berlangsungnya Majlis Tamat Kursus kepada pelajar-pelajar Bulanan PUSBA Sesi 1/2022.
Majlis telah diadakan secara ringkas di Bilik Mesyuarat PUSBA dengan melibatkan dua belas (12) orang pelajar yang berjaya menghabiskan sesi pengajian. Majlis penyampaian Sijil Tamat Kursus telah disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar (Pengetua PUSBA). Berakhirnya Majlis Tamat Kursus ini maka berakhirlah pengajian bagi sesi 1/2022 buat para pelajar. Sesi 2/2022 pula akan bermula pada 8 Mei 2022 (Ahad).
Semoga semua pelajar yang berjaya menghabiskan pengajian terus berjaya di luar sana. Majlis tamat pada jam 4.30 petang.
Telah dilihat : 1,239