KUALA MUDA (20 APRIL 2022) – Telah berlangsungnya satu Majlis Bantuan Pakaian Sempena Aidilfitri di Jakel Sungai Petani, Kedah.
Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan memfokuskan kepada Asnaf Muallaf pada hari ini. Majlis tersebut telah melibatkan seramai dua puluh lima (25) orang Asnaf Muallaf termasuk seramai tiga (3) orang pelajar bulanan PUSBA Sesi 1/2022 yang memeluk Agama Islam di Negeri Kedah. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah).
Semoga dengan adanya majlis sedemikian rupa dapat memberi keceriaan kepada para pelajar untuk menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari.
Telah dilihat : 1,318