KUALA MUDA (27 MAC 2022) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Masjid Al Busyra, Pekan Merbok, Daerah Kuala Muda bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Fidyah Tahun 1443H/2022M Anjuran Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri.
Menyambut ketibaan baginda ialah YB Dato’ Hajah Ustazah Siti Ashah Binti Haji Ghazali (Exco Kerajaan Negeri Kedah), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Hj. Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Md. Daud (Setiausaha MAIK), dan Pegawai-Pegawai MAIK.
Baginda berkenan menyampaikan bantuan fidyah kepada 25 orang penerima kariah Masjid Al Busyra dan menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al Busyra berbentuk mock-cheque. Bantuan ini merupakan simbolik kepada agihan bantuan fidyah kepada seluruh masjid di Negeri Kedah yang terdiri daripada 5780 penerima kesemuanya.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan membuat lawatan sekitar Masjid Al Busyra dan baginda berangkat pulang kira kira jam 11.00 pagi.
Menjunjung Kasih Tuanku.