GERIK, PERAK (5 FEBRUARI 2022) -PUSBA telah mengadakan satu Program Santuni Orang Asli yang dijalankan di Kampung Banun, Gerik Perak. Program sebegini dijalankan bagi memastikan golongan orang asli juga turut diberi perhatian agar mereka rasa tidak dipinggirkan masyarakat luar. Disamping itu, dengan adanya program seperti ini anak-anak orang asli juga tidak diabaikan dimana seramai empat (4) orang anak orang asli Kampung Banun berjaya dibawa pulang oleh pihak pengurusan PUSBA untuk menuntut ilmu asas-asas fardhu ain di PUSBA.
Program Santuni Orang Asli ini berakhir dengan pihak PUSBA turut menyampaikan sedikit sumbangan barang-barang keperluan rumah kepada beberapa buah rumah di kawasan Kampung Banun tersebut.
Semoga program sebegini akan dapat diteruskan dimasa akan datang bagi memastikan golongan Orang Asli ini tidak terpinggir.