ALOR SETAR (2 DISEMBER 2021) – Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan satu Bengkel Modul Pembelajaran & Pemudahcaraan (PDPC) Pendidikan Islam Untuk Muallaf yang telah dilakukan di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar.
Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) telah menghantar 10 orang wakil terdiri daripada Tenaga Pengajar Bulanan dan Mingguan PUSBA.
Semoga dengan bengkel yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru PUSBA mengetahui cara untuk mengajar golongan Saudara Baru dengan lebih berkesan. Bengkel tamat pada jam 1 Tengah hari.
Telah dilihat : 774