Alih Bahasa:

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH BERKENAN MELANCARKAN PELAN STRATEGIK MAIK 2021-2025.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah membuat Pelancaran Pelan Strategik MAIK 2021-2025 secara atas talian yang disempurnakan pelancarannya pada 27 September 2021 bersamaan 19 Safar 1443H oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Darul Aman. Turut hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Raja Muda Kedah Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman bin Abdullah, Timbalan Yang Dipertua MAIK Dato’ Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh serta Setiausaha MAIK Hj Mohd Yusri Bin Md Daud.

Pelan Strategik MAIK merangkumi lima Teras Strategik utama yang memfokuskan perancangan selama lima tahun bermula 2021 sehingga 2025 iaitu :
Mempertingkatkan kualiti tadbir urus pengurusan.
Memantapkan peranan Baitulmal sebagai institusi penggerak sosial dan ekonomi Islam.
Memperkasakan wakaf sebagai instrumen pembangunan ekonomi sosial umat Islam.
Memperkukuhkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terkini serta.
Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang hal ehwal agama Islam dan membudayakan penyelidikan bagi kesejahteraan ummah.
Berdasarkan lima teras strategik ini, 14 strategik telah ditetapkan melalui pelaksanaan 33 inisiatif dan 63 indikator untuk diukur penilaian pencapaian setiap teras.

Selain itu, pada majlis ini juga Tuanku Yang Dipertua turut bertitah agar semua kakitangan memberi komitmen, kerjasama serta kesepakatan yang tinggi bagi mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Dalam masa yang sama, semua kakitangan hendaklah membuat perubahan paradigma iaitu daripada melakukan kerja sebagai “bussines as usual” kepada cara kerja yang mementingkan kualiti, pencapaian sasaran dan output akhir yang terbaik.

Pelan Strategik ini telah dimuatnaik di dalam bentuk format pdf dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di dalam laman web ini.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.