Alih Bahasa:

MAJLIS AGIHAN FIDYAH 1442H ANJURAN BAITULMAL, MAIK

 

POKOK SENA, 4 April 2021 – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah perkenan berangkat untuk menyempurnakan majlis penyampaian fidyah bagi tahun 1442H yang dianjurkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertempat di Masjid Ar Rahman, Kampung Panchor, Derang hari ini.

Menurut Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya bin Jusoh, Timbalan Yang DiPertua, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Majlis Penyampaian Sumbangan Fidyah ini merupakan acara tahunan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan program dan aktiviti agihan fidyah yang dilaksanakan oleh pihak Baitulmal di dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut hukum syara’.

Walaupun negara kita masih lagi berdepan dengan pandemik covid-19, pihak Baitulmal Negeri Kedah sentiasa komited dalam usaha untuk membantu masyarakat di Negeri Kedah terutamanya dalam agihan bantuan makanan yang amat diperlukan dari semasa ke semasa.

Menurutnya lagi, bagi memudahkan masyarakat menjelaskan kewajiban fidyah ini, pihak Baitulmal Negeri Kedah telah melaksanakan inovasi terbaru iaitu memperkenalkan sistem E-fidyah dan kalkulator khusus untuk mengira fidyah puasa seterusnya membuat bayaran melalui atas talian seperti perbankan internet, JomPay, FPX atau secara bersemuka di kaunter Baitulmal atau mana-mana Pejabat Agama Daerah di Negeri Kedah. Perolehan kutipan fidyah akan dikumpulkan dalam satu akaun khas dan diagihkan kepada fakir miskin yang berhak menerimanya seperti di majlis yang diadakan pada hari ini.

Dengan kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah dan imam-imam masjid serta ahli jawatankuasa yang memainkan peranan yang besar, pihak Baitulmal Negeri Kedah telah berjaya mengagihkan hasil kutipan fidyah bagi tahun 1442H sebanyak RM2,326,085.00 dan majlis yang diadakan pada hari ini merupakan simbolik kepada program-program pengagihan fidyah yang dilaksanakan oleh pihak Baitulmal Negeri Kedah bagi tahun 1442H, tambahnya.

Menurutnya lagi, kepimpinan DYTM Tuanku Raja Muda sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah memberikan kekuatan kepada pengurusan dan warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk bekerja dengan lebih gigih demi memartabatkan agama Islam khususnya di negeri Kedah.

Hadir sama, Sohibussamahah Dato’ Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, YAA Dato’ Syeikh Abdul Rahman Bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Tuan Haji Ahmad Bawadir bin Haji Abdul Ghani, Pegawai Daerah Pokok Sena dan Tuan Syeikh Mohd Naim Bin Ahmad, Pegawai Agama Daerah Pokok Sena.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MESYUARAT PENGUKUHAN SUMBER AM BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN) BILANGAN 1 TAHUN 2025

15 May 2025

15 Mei 2025 (Alor Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bersama...

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA MESYUARAT PENGUKUHAN SUMBER AM BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN) BILANGAN 1 TAHUN 2025

15 May 2025

13 Mei 2025 (Alor Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bersama...

KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

6 May 2025

PUSBA (4 MEI 2025) KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.