KDYMM TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERKENAN RASMI MASJID JAMI’UL KHAIR, TONG PELU

PADANG TERAP, 17 Julai 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Jami’ul Khair Tong Pelu bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-84. Turut berangkat hadir, […]

KUNJUNGAN RASMI PENGARAH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA CGSO KE MAIK BINCANG PELAKSANAAN PENGKELASAN DATA

ALOR SETAR, 8 Julai 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini menerima kunjungan rasmi Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi membincangkan pelaksanaan pengkelasan data di MAIK. Sesi perbincangan yang berlangsung pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat MAIK itu bertujuan memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat  dan pengurusan data rasmi. […]

TAKLIMAT ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PINDAAN 2025

KOTA SETAR, 08 Julai 2026 – Bahagian Perundangan dan Sekretariat MAIK telah menjalankan sesi taklimat berkaitan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Kedah Darul Aman Pindaan 2025 kepada semua pegawai dan kakitangan MAIK yang bertempat di Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, di sini. Taklimat tersebut disampaikan oleh Cik Nurul ‘Ain Syafiqah binti Mohd Iqbal, Pegawai Undang-Undang MAIK. […]

TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT DI MASJID AL HUSSAIN SEBERANG PUMPONG

ALOR SETAR, 03 Julai 2026: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Al Hussain Seberang Pumpong, di sini. Turut berangkat hadir, Anakanda Baginda, Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku […]

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID SULTANAH BAHIYAH

KOTA SETAR, 26 Jun 2026: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, hari ini. Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Sohibus Samahah […]

MAIK SUMBANG WANG TUNAI DAN KIT TABARRUK SEMPENA PROGRAM BANTUAN SEJAHTERA PESAKIT TERLANTAR (BSPT) DAERAH BALING

BALING, 23 Jun 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) melalui Unit Bantuan Baitulmal telah turut serta dalam Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT), iaitu satu inisiatif Kerajaan Negeri Kedah yang bertujuan membantu meringankan beban pesakit terlantar serta penjaga mereka melalui bantuan kewangan dan keperluan harian. Program yang diketuai oleh YB Dato’ Hajah Halimaton […]