BERITA MAIK

SEHARI MAIK BERSAMA DI HARI KOMUNITI KAMPUNGKU SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI KEDAH

JENERI, 3 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Bahagian Baitulmal menyampaikan sumbangan wang tunai dan Kit Tabaruk kepada beberapa penduduk setempat di sekitar Dun Jeneri, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, bersama Ustaz Wan Hariz Hazimin bin Abdul Rahman selaku Ketua Unit Bantuan Bahagian Baitulmal MAIK.

Hadir sama ialah Pegawai Zakat Daerah Sik yang turut bersama-sama menyertai konvoi ziarah ke rumah para penerima Program The Pearl of Kedah di sekitar Jeneri.

Dalam masa yang sama, berlangsung Program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera Tahun 2026 anjuran DUN Jeneri di Tapak Pasar Malam Kampung Kuala Temim.

MAIK menerusi Unit Sumber Am dan Wakaf Tunai turut membuka reruai pameran serta diberi peluang menyampaikan taklimat berkaitan perkhidmatan Baitulmal dan Wakaf Tunai kepada masyarakat setempat.

Penglibatan MAIK dalam kedua-dua aktiviti tersebut memberi ruang untuk menyantuni penerima bantuan, di samping menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan secara terus kepada masyarakat.

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026