ALOR SETAR, 8 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Program Green Day 2.0 yang merupakan aktiviti gotong-royong bersama warga kerja MAIK, hari ini.
Program ini diadakan bagi memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan kondusif. Selain itu, program ini juga diharap dapat memupuk kesedaran dikalangan warga kerja terhadap kepentingan dalam menjaga kebersihan.
Dr. Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK, turut menekankan kepentingan membudayakan amalan 5S yang berasal dari Jepun, iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal) dalam pengurusan persekitaran tempat kerja.
Beliau turut mengingatkan warga kerja agar amalan tersebut dilaksanakan secara berterusan dan tidak hanya tertumpu kepada program gotong-royong semata-mata, sebaliknya dijadikan sebahagian daripada budaya kerja harian.
Melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan, warga kerja MAIK berpeluang bekerjasama dalam memastikan kebersihan persekitaran pejabat sentiasa terpelihara, sekali gus mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerja berpasukan antara bahagian serta unit.
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja MAIK yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Program Green Day 2.0 pada hari ini.










