KUALA MUDA (08 OKTOBER 2026)
MAIK GREENDAY: AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PUSBA
Program MAIK Greenday telah dilaksanakan di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA). Aktiviti gotong-royong yang melibatkan usaha bersama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas dan selesa, malah turut memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab serta kesedaran terhadap kepentingan menjaga kawasan sekitar dalam kalangan warga PUSBA.
Semoga aktiviti ini dapat menyemai sikap cintakan kebersihan dan menjadikan amalan menjaga alam sekitar sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
“KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA, ALAM SEKITAR WARISAN KITA.”





















