BERITA MAIK

BENGKEL TRANSFER OF TECHONOLGY (ToT) bagi PHP, MSSQL DAN SISTEM i-MAIK

ALOR SETAR, 1 OKTOBER 2026 — MAIK telah menganjurkan Bengkel PHP, MySQL dan Sistem i-MAIK selama empat hari bermula 29 – 30 September 2026 dan  1 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat MAIK. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Naim bin Nazari daripada Jabatan Digital Negara (JDN), memfokuskan kepada latihan amali pengaturcaraan PHP dan pengurusan pangkalan data MSSQL, serta pemantapan fungsi teknikal Sistem i-MAIK. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kemahiran teknikal warga kerja MAIK ke arah transformasi pendigitalan perkhidmatan yang lebih efisien.
Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026