ALOR SETAR, 7 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Dr. Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) yang diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Naib Canselor UniMAIWP, di sini, hari ini.
Pertemuan ini diadakan bersempena pelantikan Profesor Dr. Mohd Afandi bin Salleh sebagai Naib Canselor UniMAIWP selain menjadi ruang untuk memperkenalkan barisan kepimpinan universiti serta mengeratkan hubungan antara UniMAIWP dan MAIK.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai peranan institusi agama dan pendidikan, di samping membincangkan ruang kerjasama yang boleh diterokai bersama.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut Profesor Dr. Rosylin binti Mohd Yusof, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan); Profesor Dr. Azizi bin Ayob; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan); Puan Fazlimah binti Mohamed @ Wahab Ketua Pegawai Operasi; Encik Azli bin Abdul Aziz, Pengarah Kanan Bahagian Korporat dan Strategi, Tuan Fakhrurrazi bin Yub, Pengetua PUSBA; Puan Ts. Norhasmiza binti Mt. Zain, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Multimedia; Puan Normurni binti Mohd Yatim, Ketua Bahagian Kewangan dan Akaun; Encik Mohammad Zulhilmi bin Abdul Ghani, Ketua Bahagian Audit Dalam.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bagi kemashalatan ummah.









