Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Persekitaran Kerja MAIK

ALOR SETAR, 9 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Persekitaran Kerja MAIK yang berlangsung di The Jerai Hotel. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga kerja mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan, kreativiti dan produktiviti dalam melaksanakan tugasan harian.

Kursus tersebut disampaikan oleh TPs. Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussein daripada PLANMalaysia, dan turut berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan penggunaan teknologi AI dalam persekitaran kerja.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diperkenalkan kepada pelbagai aplikasi kecerdasan buatan antaranya ChatGPT, Claude AI, Google Flow, NotebookLM, Suno serta aplikasi AI yang lain. Pendedahan ini membolehkan peserta memahami fungsi dan kegunaan teknologi AI mengikut kesesuaian tugasan serta keperluan dalam persekitaran kerja.

Kursus berakhir pada jam 4.30 petang dan diakhiri dengan acara bergambar kenangan bersama penceramah dan para peserta.

MAIK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JAKIM

KOTA SETAR, 13 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerima kunjungan hormat daripada Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini, hari ini. Kunjungan tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama antara MAIK dengan JAKIM berhubung pelaksanaan Program Pendang Berselawat dan Program

Selanjutnya »

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH PERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL ISTIQAMAH, KUALA TERIANG, LANGKAWI KEDAH

  LANGKAWI, 11 September 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bersama Yang Teramat Mulia Tengku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin  perkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Istiqamah, Kuala

Selanjutnya »

MAIK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JAWHAR

KOTA SETAR, 10 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerima kunjungan hormat delegasi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Pengarah JAWHAR, di sini, hari ini. Delegasi JAWHAR disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Mohd Yusri bin Hj.

Selanjutnya »

MAIK DAN SPRM KEDAH PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI MENERUSI IBR 2.0

  ALOR SETAR, 3 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah telah menjayakan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 2.0 bertempat di Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, hari ini. Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd

Selanjutnya »

MAIK PERKUKUH PENGURUSAN DOKUMEN RAHSIA RASMI

 ALOR SETAR, 30 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan warga kerja MAIK dalam mengurus dokumen rahsia rasmi mengikut tatacara dan peraturan keselamatan yang

Selanjutnya »