ALOR SETAR, 8 Julai 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini menerima kunjungan rasmi Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi membincangkan pelaksanaan pengkelasan data di MAIK.
Sesi perbincangan yang berlangsung pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat MAIK itu bertujuan memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat dan pengurusan data rasmi. Objektif utama adalah bagi objektif utama adalah bagi memastikan pengurusan data-data di MAIK dilaksanakan selaras dengan dasar peraturan dan garis panduan keselamatan yang berkuatkuasa.
Kunjungan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Anuar Bin Seran (Pengarah Keselamatan Kerajaan), Encik Mohd Khairul bin Bakaruddin (Timbalan Pengarah) manakala MAIK diwakili oleh Yang Berusaha Dr. Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK, Tuan Haji Abdul Malek Bin Shaari (Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan MAIK), dan semua ketua-ketua bahagian di MAIK.
Kunjungan tersebut turut menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan berkongsi amalan terbaik dalam memperkukuhkan aspek keselamatan maklumat, di samping meningkatkan tahap kesiapsiagaan organisasi terhadap pengurusan data yang lebih sistematik, selamat dan berintegriti.
Perbincangan tamat pada jam 4.00 petang selepas sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.