KUNJUNGAN RASMI PENGARAH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA CGSO KE MAIK BINCANG PELAKSANAAN PENGKELASAN DATA

ALOR SETAR, 8 Julai 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini menerima kunjungan rasmi Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi membincangkan pelaksanaan pengkelasan data di MAIK. Sesi perbincangan yang berlangsung pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat MAIK itu bertujuan memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat dan pengurusan data rasmi. […]
TAKLIMAT ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PINDAAN 2025

KOTA SETAR, 08 Julai 2026 – Bahagian Perundangan dan Sekretariat MAIK telah menjalankan sesi taklimat berkaitan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Kedah Darul Aman Pindaan 2025 kepada semua pegawai dan kakitangan MAIK yang bertempat di Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, di sini. Taklimat tersebut disampaikan oleh Cik Nurul ‘Ain Syafiqah binti Mohd Iqbal, Pegawai Undang-Undang MAIK.