POKOK SENA, 26 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Wan Hariz Hazimin bin Abdul Rahman selaku Ketua Unit Bantuan Bahagian Baitulmal telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan Kit Tabaruk kepada penerima menerusi Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) di sekitar Pokok Sena, di sini, hari ini.
Program berkenaan diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perpaduan Negeri Kedah.
Kesemua enam orang penerima bantuan terdiri daripada tiga orang penerima di DUN Bukit Lada dan tiga orang di DUN Bukit Pinang.
Hadir sama, Yang Berhormat Ustaz Salim bin Mahmood, ADUN Bukit Lada; YBhg Tuan Ahmad Tarmizi bin Abdul Razak, Pengarah JKM Kedah; YBhg Tuan Nasman Kamil bin Noh, Pegawai Daerah Pokok Sena serta agensi-agensi yang terlibat seperti LZNK, MBI dan BPEN.
Program BSPT merupakan salah satu inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi membantu meringankan beban pesakit terlantar serta keluarga dan penjaga, khususnya dalam menampung keperluan harian dan perubatan.













