



PUSBA (5 OKTOBER 2025)
ZIARAH MAHABBAH PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KAMPAR BERSAMA SAUDARA KITA ORANG ASLI KAMPAR
Alhamdulillah pihak PUSBA telah menerima satu lawatan dari pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Kampar, Perak bersama-sama Saudara Kita daripada komuniti Orang Asli.
Delegasi rombongan seramai 33 orang yang terdiri daripada barisan kakitangan PAD Kampar dan pelajar-pelajar Saudara Kita telah diketuai oleh Ustazah Tonfatimah binti Din selaku Pengarah Program dan Ustaz Mohd Shahrul Firdaus bin Abdullah selaku Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Kampar
Lawatan disambut oleh Yang Berbahagia Tn Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Pengetua PUSBA) bersama-sama barisan kakitangan PUSBA ini bertujuan sebagai sebahagian program pembangunan sahsiah dan pemerkasaan hubungan antara komuniti. Di samping itu, dapat memperkhukuhkan jalinan ukhwah dan bertukar pandangan bagi memastikan dakwah kepada golongan Orang Asli ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.