26 September 2025 (Alor Setar): Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Nurul Iman, Gunung Keriang, di sini.
Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman Bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah dan Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.
Baginda Tuanku Sultan Kedah perkenan bergambar bersama-sama dif-dif kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Iman sebelum menunaikan solat jumaat yang diimamkan oleh Al fadhil Ustaz Azhar bin Ibrahim, Imam Masjid Nurul Iman.