Alih Bahasa:

01 Ogos 2025 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Nurul Iman, Kebun Pinang, di sini.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Nadzman bin Mustafa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan serta Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

 

Baginda Tuanku Raja Muda kemudiannya perkenan menunaikan solat fardhu jumaat secara berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Imam Muhammad Zulhilmi bin Ahmad sebelum bergambar bersama Ketua-Ketua Pegawai Kerajaan yang hadir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Iman sebelum berangkat pulang.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.