16 Julai 2025 – Rabu (Kubang
Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua
Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hadir merasmikan
Majlis Penyerahan Kabin Bilik Operasi Pendidikan Islam (KAFA) di Sekolah Kebangsaan
Pulau Chapa, Kubang Pasu di sini.
Kehadiran Yang Berusaha Ketua Bahagian Baitulmal MAIK disambut baik oleh DR
Khairool Anuar bin Hj Hashim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, dalam
ucapan perasmian beliau, majlis ini merupakan satu detik yang sangat bermakna
buat seluruh warga
S.K Pulau Chapa khususnya dalam memperkukuhkan lagi peranan Kelas al Quran dan
Fardu Ain (KAFA) di sekolah. Beliau juga meyuarakan hasrat agar S.K Pulau Chapa
di tambah seorang lagi guru Kafa bagi menampung keperluan tenaga pengajar di
situ.
Tuan Syeikh Suhaimi memaklumkan penyerahan Kabin guru KAFA ini adalah yang
terakhir bagi tahun 2025 manakala permohonan kabin yang seterusnya akan di
proses untuk bantuan pada tahun 2026.
Di akhir ucapan beliau, Tuan Syeikh Suhaimi turut berbesar hati mengucapkan
tahniah kepada SK Pulau Chapa kerana terpilih untuk menjayakan projek kabin
guru KAFA yang bernilai RM17,790.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Belas Ribu, tujuh
ratus sembilan puluh Sahaja) sebelum merasmikan penyerahan kabin guru KAFA
melalui simbolik penyerahan replika kunci kepada Tuan Guru Besar SK Pulau
Chapa.
Hadir sama ke majlis ini, Syeikh Mohd Sa’di bin Md Said Pegawai Agama Daerah
Kubang Pasu dan Yang Berusaha, Encik Abdul Samad bin Yusof, Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa dan Guru serta Guru-guru KAFA Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa.