03 Jun 2025 – Brunei Darussalam:
Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin,
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menghadiri Persidangan
Antarabangsa Mazhab Syafi’i bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa
Brunei, di sini, hari ini.
Persidangan ini dimulakan dengan
keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,
Timbalan Sultan Negara Brunei Darussalam sebelum diiringi dengan bacaan
ayat-ayat suci al-Quran.
Persidangan ini mencapai
kemuncaknya dengan Sabda (Titah) Perasmian Persidangan Antarabangsa Mazhab
Syafi’i dan pelancaran buku oleh Timbalan Sultan Negara Brunei Darussalam serta
sesi Pembentangan Kertas Perdana oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti
Kerajaan Negara Brunei Darussalam.