Alih Bahasa:

15 Mei 2025 (Alor Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menganjurkan Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, di sini.

Mesyuarat ini dihadiri Yang Berbahagia Dato’ Selamat bin Paigo (Ketua Pengarah JAWHAR) selaku pengerusi mesyuarat dan Yang Berbahagia Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee (Ketua Bahagian Baitulmal MAIK) serta ketua-ketua pengarah dan wakil MAIN.

Sesi bergambar melibatkan Yang Berbahagia Ketua Pengarah JAWHAR, ketua-ketua pengarah dan wakil MAIN serta dif-dif kenamaan yang hadir diadakan sebelum mesyuarat dimulakan dengan sesi ucapan aluan mesyuarat daripada Yang Berbahagia Ketua Pengarah JAWHAR dan diteruskan dengan sesi pembentangan.

Pembentangan melibatkan dua (2) iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Pembentangan MAIK disampaikan oleh Syeikh Muhammad Zamri bin Bakar (Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah) bertajuk ‘Fidyah dan Kafarah’ yang menggariskan inisiatif-inisiatif MAIK bagi kutipan fidyah dan kafarah seperti kalkulator fidyah dan pengiraan fidyah.

Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bilangan 1 Tahun 2025 ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari dengan ucapan penutup daripada pengerusi mesyuarat dan kepulangan dif-dif kenamaan.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.