Alih Bahasa:

13 Mei 2025 (Alor Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menganjurkan Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, di sini.

Majlis ini dihadiri Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Setiausaha MAIK merangkap Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Selamat bin Paigo (Ketua Pengarah JAWHAR) dan Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah).

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar melibatkan Yang Berbahagia Ketua Pengarah JAWHAR, ketua-ketua pengarah dan wakil MAIN dan agensi zakat negeri serta dif-dif kenamaan yang hadir sebelum diteruskan dengan sesi ucapan daripada Yang Berbahagia Ketua Pengarah JAWHAR dan ucapan balas daripada Yang Berbahagia Setiausaha MAIK.

Dalam ucapan Yang Berbahagia Setiausaha MAIK, beliau mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JAWHAR yang memilih negeri ini selaku tuan rumah bagi penganjuran bersama Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang akan berlansung pada 15 Mei 2025. Beliau turut menyatakan majlis makan malam ini bukan sekadar acara sosial tetapi menjadi simbol kepada perpaduan institusi-institusi agama Islam di seluruh negara yang berkongsi matlamat yang sama iaitu membawa Islam sebagai jalan kehidupan yang syumul, adil dan penuh rahmat.

Selesai sesi ucapan, Yang Berbahagia Setiausaha MAIK berbesar hati menyerahkan cenderakenangan sebagai tanda selamat datang kepada Ketua Pengarah JAWHAR sambil diiringi Ketua Bahagian Baitulmal MAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkifli serta menerima cenderakenangan balas daripada pihak JAWHAR kepada MAIK.

Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bilangan 1/2025 tamat pada jam 10.00 malam dengan kepulangan dif-dif kenamaan yang hadir.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.