Alih Bahasa:

25 April 2025 (Alor setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Jame’ Al Ehsan Sungai Mati, Langgar, di sini.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Sohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani Bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha MAIK.

Khutbah yang bertajuk ‘Penguatkuasaan Undang-Undang dan Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama’ bersempena dengan hari ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan ke-79 disampaikan oleh Ustaz Alias bin Mohd Arifin.

Selesai solat, Baginda Tuanku Raja Muda Kedah perkenan bergambar bersama Ketua-Ketua Pegawai Kerajaan yang hadir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jame’ Al Ehsan Sungai Mati sebelum berangkat pulang.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.