Alih Bahasa:

15 Mac 2025, Pendang – Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) mengiringi Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi Program Lawatan Kerja ke Negeri Kedah.

 

Delegasi Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama bertolak seawal jam 5.20 petang dari Hotel Raia Alor Setar ke Pondok Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ) bertempat di Bukit Jagong, Pendang bagi ‘Program Ziarah Santun Du’at Al Falah Bersama YB Menteri’ dan disambut oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Pengarah JHEAIK. Program diteruskan dengan Sesi Dialog dan Penyerahan Sumbangan Wang Tunai bernilai RM300.00 seorang oleh YB Menteri kepada 50 Asatizah daripada Pondok Bukit Jagong.

 

Delegasi YB Menteri bersama Y.Bhg Dato’ Dr. Pengarah JHEAIK kemudiannya dijemput ke Surau Pondok MUSTAQ bagi perasmian pembukaan Majlis Daurah Khas Madani: Bacaan Kitab Hadith Sahih Muslim 2025 oleh YB Menteri. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Sheikh Haji Abdul Rahim, pengerusi Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ). YB Menteri kemudiannya menyempurnakan perasmian pembukaan Majlis Daurah Khas Madani: Bacaan Kitab Hadith Sahih Muslim 2025 diiringan penyerahan cek cura bernilai RM330,000.00 kepada pihak MUSTAQ.

 

Seterusnya, Delegasi YB Menteri bersama Y.Bhg Dato’ Dr. Pengarah JHEAIK dijemput ke Dewan Makan Pondok Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ) bagi bacaan tahlil dan berbuka puasa YB Menteri bersama Masyarakat Kampung Bukit Jagong sebelum diteruskan dengan solat fardhu Maghrib dan Isyak.

 

Setelah selesai program di Pondok Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ), Y.Bhg Dato’ Dr. Pengarah JHEAIK mengiringi Yang Berhormat Menteri ke Masjid As-Suthiyah Pondok Chegar bagi menunaikan solat Tarawih secara berjemaah. YB Menteri turut menyampaikan ucapan dan menyerahkan sumbangan barangan MADANI kepada 83 orang penerima yang terdiri daripada Asnaf, Warga Emas dan Ibu Tunggal.

 

Lawatan Kerja YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diakhiri dengan sesi fotografi bersama delegasi yang hadir dan jamuan makan moreh sebelum betolak pulang ke Hotel Raia Alor Setar pada jam 11.00 malam.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.