Alih Bahasa:

07 Mac 2025 (Alor Setar) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Az-Zakiah Kampung Gerigis di sini, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Haji Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Sohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd. Azam bin Abd. Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim (Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK) dan dif-dif kenamaan serta Ahli Jawatankuasa Masjid Az-Zakiah Kampung Gerigis.

 

Baginda Tuanku turut perkenan untuk bergambar bersama dif-dif kenamaan yang hadir serta Ahli Jawatankuasa Masjid Az-Zakiah Kampung Gerigis sebelum diteruskan dengan sesi khutbah jumaat yang bertajuk “RAMADAN YANG KU NANTIKAN”. Mimbar menekankan umat Islam perlu dan sewajarnya memahami falsafah puasa dan hikmahnya selaras dengan al-Quran dan Sunnah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.

 

Selesai solat yang diimamkan oleh Ustaz Haji Khairul bin Muhammad Haji Ali, Baginda beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang pada pukul 2.30 petang, diikuti oleh dif-dif kenamaan yang hadir.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.