Alih Bahasa:

Jitra – Selasa (25 Februari 2025) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku
Raja Muda Kedah Merangkap Yang Dipertua MAIK.

Turut hadir ke Masjid Sharifah Fatimah ialah Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan), Yang Berhormat Dr Haim Hilman Bin Abdullah (ADUN Jitra), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie), Yang Berhormat Tuan Saifulrijal Bin Azhari (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah) Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah), Yang Berbahagia Encik Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim Pegawai Daerah Kubang Pasu dan Pegawai – Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Pegawai – Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta anak kariah Masjid Sharifah Fatimah.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berusaha Ustaz Mohamad Fida’iy Bin Zainal Abidin dan seterusnya bacaan yasin dan doa. Majlis kemudian diteruskan dengan solat fardhu Isyak secara berjemaah.

Majlis bersurai pada jam 9.30 malam selepas kepulangan dif-dif jemputan.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.