10 Februari 2025 (Alor Setar) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)
telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam MAIK dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam
(BPA) pada 09 hingga 10 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat MAIK.
Bengkel ini melibatkan peserta seramai 16 orang yang terdiri daripada
kakitangan dari bahagian dan unit di MAIK yang terlibat dalam pengurusan aduan.
Bengkel selama 2 hari ini
memfokuskan kepada penggunaan SISPAA yang disampaikan oleh Encik Saiful dan
Puan Syafiqah dari Biro Pengaduan Awam (BPA).
Sistem Pengurusan Aduan Awam
(SISPAA) MAIK adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki mutu
perkhidmatan dan penyampaian MAIK dari semasa ke semasa yang telah dimudahcara
oleh teknologi terkini.