Alih Bahasa:

 30 NOVEMBER 2024 – Alor Setar: – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah berkenan mencemar duli berangkat melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Simpang 3, Padang Hang di sini, hari ini.

Keberangkatan Baginda Tuanku berdua disambut Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; Yang Berhormat Dato’ Wira Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Setiausahan Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan); Yang Berusaha Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan Yang Berusaha Dato’ Haji Hakim Arif bin Md Noor, Pengawai Daerah Kota Setar serta dif-dif kehormat yang lain.

Baginda Tuanku berdua diberikan taklimat oleh Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Encik Ir. Ahmad Solihin Budarto, Pengarah Jabatan Pengaliran Dan Saliran Negeri Kedah sebelum berangkat menyantuni penduduk setempat yang terjejas akibat banjir.

Dalam lawatan tersebut, Baginda Tuanku turut perkenan menyampaikan ampun kurnia kepada 58 buah ketua keluarga serta menyampaikan Kit Tabaruk Baitulmal dan turut menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat banjir yang masih berada di PPS sebelum berangkat pulang.

Menjunjung kasih Tuanku.

6

PROJEK DANA WAKAF TUNAI

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.