Kepala Batas (15 Mac 2024) : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Darul Aman perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Rafeah Taman Uda Alor Setar Kedah di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada jam 1.20 petang disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor (Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Tuan Afnan Hamimi Bin Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Alor Setar) Yang Berhormat Encik Dzowahir Bin Hj Ab Ghani ( ADUN Suka Menanti) Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah) Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), Yang Dihormati Dato’ Fisol bin Saleh (Ketua Polis Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim ( Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK) dan Pegawai-pegawai Agama Kerajaan Negeri Kedah.
Khatib dan Imam Solat Jumaat pada minggu ini, Yang Berusaha Ustaz Badruddin Bin Abdul Razak (Imam Masjid Rafeah) menyampaikan khutbah bertajuk “Marhaban Ya Ramadhan”. Semasa rakaat terakhir Solat Fardhu Jumaat, Imam turut membaca Qunut Nazilah bagi solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.
Selepas menunaikan solat jumaat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah berkenan merakam potret kenangan bersama semua Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid.
Baginda berangkat pulang pada jam 2.15 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.
Telah dilihat : 716