Alih Bahasa:

 

KEPALA BATAS  08 mAC 2024 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Darul Aman perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek As-Shahab, Kepala Batas di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada jam 1.15 petang disambut oleh Yang Berhormat Tuan Haji Dzowahir Bin Haji Ab. Ghani (EXCO Pertanian, Perladangan & Pengangkutan) wakil kepada YAB Menteri Besar Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), Yang Dihormati Dato’ Fisol bin Saleh ( Ketua Polis Kedah), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Fakhrurrazi Bin Yub Ketua Bahagian Wakaf MAIK dan Pegawai pegawai Kanan JHEAIK.

Khatib dan Imam Solat Jumaat Jumaat pada minggu ini, Yang Berusaha Ustaz Haji Ismail (Imam Masjid Jamek As-Shahab) menyampaikan khutbah bertajuk “Kembali Merindu”. Semasa rakaat terakhir Solat Fardhu Jumaat, Imam turut membaca Qunut Nazilah bagi solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.

Usai menunaikan solat jumaat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah berkenan merakam potret kenangan bersama semua Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid.

Baginda berangkat pulang pada jam 2.30 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.