Alih Bahasa:

ALOR SETAR (14 JANUARI 2024) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR).  Delegasi kunjungan hormat ini dihadiri oleh Ketua Pegarah JAWHAR YBhg. Dato’ Selamat Bin Paigo serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YMM) YBrs. Dr. Ridzwan Bin Bakar. Turut dihadiri pengarah bahagian wakaf JAWHAR Puan Azura Azreen Binti Yusof.  Delegasi disambut oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi membentangkan Draf Pelan Induk Wakaf Nasional 2024-2030 oleh pihak Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR).  Draf Pelan Induk Wakaf Nasional 2024-2030 merangkumi 4 teras utama iaitu pengurusan, perundangan,  pendanaan dan kesedaran.  Secara dasarnya, Draf Pelan Induk Wakaf nasional ini bertujuan untuk memastikan gerak kerja pengurusan yang berkaitan dengan wakaf berjalan dengan lancar seiring peredaran ekonomi dunia. Wakaf dilihat sebagai salah satu sumber kewangan baharu yang akan membantu kerajaan dalam menjamin ekonomi umat Islam berada di taraf yang tertinggi.   Kerajaan persekutuan dalam Belanjawan 2021 telah bersetuju untuk membangunkan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) yang akan menjadi panduan dalam memastikan pengurusan wakaf wakaf yang lebih cekap dan dapat memaksimumkan mobilisasi aset-aset wakaf pada masa hadapan bagi mewujudkan kebersamaan dan memastikan setiap inisiatif strategik dan pelan Tindakan yang digariskan dan PIWN 2024-2030 dapat dilaksanakan.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.