(ALOR SETAR) 14 JANUARI 2024 – Baru-baru ini telah tersebar di beberapa laman Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (dirujuk selepas ni sebagai “MAIK”). Kenyataan tersebut mendakwa MAIK telah mengadakan sesi pencerahan dan kenduri di McDonalds Mergong DT.
Justeru, ingin ditegaskan disini bahawa tuduhan dan dakwaan yang dibangkitkan di media sosial tersebut adalah tidak berasas. Dakwaan MAIK mengadakan sesi pencerahan dan kenduri di McDonalds Mergong DT adalah tidak benar dan berunsurkan fitnah.
Susulan penyebaran berita ini, MAIK telah membuat laporan polis dan telah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar mengambil tindakan terhadap facebook berkenaan.