07 SEPTEMBER 2023 : Program Seminar Tabung Wakaf ini merupakan anjuran Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah(MAIK). Seminar ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai pengwujudan tabung skim dana wakaf tunai dan perkhidmatan yang disediakan MAIK. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wira Syeikh Yahaya bin Jusoh, DGMK.,DSDK.,BCK. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Seminar ini melibatkan peserta daripada Imam dan Jawatankuasa masjid bagi seluruh Daerah Kubang Pasu yang berlangsung di dewan Masjid Jamek As Shahab Kepala Batas Jitra Kedah.
Slot 1 : Disampaikan Oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Ketua Bahagian Wakaf MAIK) mengenai Prosedur Operasi Standard Tanah Perkuburan Islam. Tujuan SOP ini dibincangkan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan tanah perkuburan Islam di Negeri Kedah. Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub juga turut membincangkan mengenai tujuan pengwujudan tabung skim dana wakaf tunai. Tujuan tabung ini diwujudkan adalah untuk mencapai beberapa matlamat utama iaitu mengumpul dana bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan ekonomi dan sosial Umat Islam khususnya di Negeri Kedah. Seiring dengan pengwujudan tabung ini akan merancakkan lagi kutipan Wakaf Tunai di Negeri Kedah. Kewujudan Tabung ini juga akan Menjadi pemangkin kepada usaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk menjadikan wakaf sebagai instrumen kewangan baharu kepada Umat Islam khususnya di Negeri Kedah
Slot 2: Disampaikan oleh Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee (Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah) mengenai Pengenalan Skim-Skim Baitulmal. Di dalam slot 2, Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee memberi perkongsian mengenai skim-skim yang telah diwujudkan di bahagian Baitulmal MAIK.
Slot 3: Disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar (Pengetua Pusba) perkongsian berkenaan Saudara Baharu, tujuan penubuhan dan pendidikan yang ditawarkan oleh PUSBA.